Selasa, 17 September 2013

READY STOK > CHENTA WATIE SCARFT > BATCH-1 & BATCH 2








Alhamdulilah..Syukur kehadrat Illahi.

Stock Tudung CWS yang pertama telah sampai hari jumaat 13.09.2013.. Perasaan yang sangat Happy dan berdebar2 pun ader. INI kali pertamanya saya memberanikan diri untuk menceburi bidang nie dgn berlandaskan minat yang ada. Tawakal kepada Yang Esa kunci paling utama agar hati lebih tenang. Apa jua bidang kita ceburi pasti ada risiko. Bila stok dah sampai nie..nak ke taknak mesti kene  abiskan stok..kalau tak rugi la modal. So wahai diri ayuh Kedepan.ayuh melangkah..Kuatkan diri..Asuhla diri agar lebih Kuat..

Stok pertama nie sampai sebanyak 20 helai dengan pelbagai layer untuk permulaan sebagai Dealer CWS.  Zie dah update dalam READY STOCK-Batch 1 CWS dlm page https://www.facebook.com/pages/Zies-Collection/1376599355904597  
Design tudung dan Kualiti kain sangat2 cantik. Siapa yang pernah pakai pasti akan berpuas hati dengan kualiti kain nie.

Dengan kualiti n design yg kemas memang CWS dpt sambutan..best berniaga nie kalau barangan yg kita promote dpt sambutan..nak2 tudung dan perempuan memang takleh dipisahkan.

Kebetulan stok sampai zie plan balik kampung n bawak sekali CWS..hihih..mcm tak caya mcm jual goreng pisang..dlm taknak tu leh jugak grab satukan. Alhamdulilah rezeki. Balik dari kampung singgah ambik stok ke-2 kat Kepong. 16.09.2013. Nak tunjuk kat geng2 office takkan ader 7 helai lak kan, tak meriah la pulakkan. Untuk READY STOCK-Batch 2 zie ada update dlm page https://www.facebook.com/pages/Zies-Collection/1376599355904597  sapa-sapa yang berkenan cepat2 book k..

Bagi yang tak sempat grab design yang menjadi pilihan hati..dalam folder READY STOCK..jgn sodih still boleh tempah design yg kawan-kawan berkenan..Cuma inform zie saiz apa yang korang suka.

Pengalaman menceburi bidang nie.. serius zie sgt hargai..tak semua org akan dpt pengalaman mcm nie kecuali bagi mereka yang pernah berkecimpung dlm bidang nie. Pengalaman pertama order CWS dengan HQ, Pengalaman pertama jugak mempromosi kan CWS dan mengambil stok ke-2 di Butik Wanny. Alhamdulilah semuanya dilalui dengan lancar dengan sokongan terhebat Suami tercinta..Hujan, Mendung, Ceria, Marah, Suka, Duka.. dia tetap setia disisi.

Syukur sgt..lebih-lebih lagi ..Bila ada yg berminat dengan stock yg kita ambil.wah..release..Tapi  hati kecik nie sempat jugak menjenguk segala kenangan yg telah berlalu..cepat2 kontrol perasaan..Walau sesibuknya aku..pasti akan ada jugak ruang..Alhamdulilah..perasaan tu makin boleh dikontrol.

WAh..Sentuh bab hati nie sebenarnya .dalam happy2.ada sob2nya.. Allah ja tahu..apa perasaan ..wawawa..sedih lak rasa..Mula2 stok sampai tu perasaan malu sgt2 menebal..nak ajak kawan-kawan berkenalan dengan CWS..”jom a tengok tudung” “kalau nak tudung order ngan saya k” wah statement tu sebenarnya dua kali taip..pastu delete..akhirnya send..wah beratnya..tapi kugagahi jugak..aku harus keluar dari indentiti dulu...almaklumla byk feedback yg kita terima..ada jawapan yg positif ada jugak jawapan yg terus menjatuhkan mood kita...aku kene kuat kalau aku nak belajar tempuh apa jua rintangan di depan..Nie baru peringkat awal k..

Pengalaman yang paling Sedih sgt dalam masa 2 hari.tu. Cuba bayangkan dengan angkat kotak dari kereta keluar tunjuk kat orang..Wah rasa mcm kecilnya diri nie..wawawa..sedih..malu..semua ader.nak2..kalau orng taknak..tgk pun tidak..wawawa..tebalnya muka..mungkin tak biasa tempoh..n first time tempuh..time tu rasa kerdilnya diri..untuk dptkan Untung secubit sehelai aku kene berhadapan situasi mcm nie..Tak dinafikan ada yg pandang sebelah mata..Set balik dlm minda aku berkecimpung nak releks kan hati,,nak berkenalan dengan ramai kawan2..nak happy2...bukan nak stress..

Pengalaman nie buat hati terdetik.. Rasa bersyukur sgt..dengan rezeki yang ku terima selama nie...berkecimpung dlm bidang nie sebab memang minat dengan tudung2 nie dan paling- paling best bila tgk perkataan “book” “Pm”..wah mcm bestkan. Mcm consultant fesyen pun ader kadang2..matchkan dengan baju..warna kulit..hihii .Sekarang dah terjun dlm dua Karier..Consultant untuk Company Bankrapsi dengan Consultant Tudung bertingkat-tingkat..hihihih..Sesuai ker kak Jah..

Mana la tahu ada rezeki boleh bukak Butik Sendiri..kan..dalam suka-suka akan jadi serius..Tukar karier la puloks...hihihi..Memang minat sgt..ada butik.. Boleh ker handle..Layan.....ssszzzz..Step by Step k..


 (HANYA DIRI SENDIRI MAMPU MENGAWALSELIA KEMANA ARAH TUJU PERASAAN KITA..KALAU KITA INGINKAN DIRI KITA TERUS LEKA..KITA AKAN BERADA DILINGKUNGAN ITU SELAMANYA..)

Selasa, 10 September 2013

Batik Crape Roses & Pelangi


Alhamdulilah...

Kali nie Zie nak perkenalkan koleksi zie iaitu Batik Crepe design ala Pelangi dan bercorak Roses yang bertatahkan diamond yang penuh ikut lingkaran bunga. (confirm lip-lap bila bersuluhkan cahaya lampu) 

Warna koleksi yang Zie ada sangatlah menyerlah ala Debom. Design nie sangat sesuai dipakai untuk kemajlis-majlis formal, majlis makan malam dan pelbagai. Ikut kesesuain dan citarasa sipemakai. Bagi org goment lak..Hari khamis dia orang pakai batik..nampak lebih formal sambil-sambil mempromosikan batik Malaysia..Cikgu-cikgu pun lebih sinonim dengan batik jacquard dan crepe.

Bagi orang Kelantan lak.. Zie tengok mana-mana pun boleh pakai. Hari Raya pun boleh, Kenduri Kahwin pun boleh, Nak pergi berniaga pun boleh, Nak gi jalan-jalan pun boleh..nak jumpa kawan pun boleh..sebab orang Kelantan nie Jangok2 belako.
Tapi bagi yang berkerja swasta, melalui apa yang Zie lihat, jarang-jarang ja Zie boleh jumpa kawan-kawan yang perkenakan design batik time hari kerja..

Insyallah jika diberikan kesempatan, Zie akan tambahkan koleksi Batik .Kalau mendapat lebih sambutan..Maklumla Kain batik nie mahal..Eksklusif lagi.. sebab satu design satu kain ja.. berbanding dengan kain-kain sepasang yang lain.. Sebabnya kain sepasang yang lain dia printed satu gulung..dalam satu gulung leh pecah berbanyak2 pasang..Sebab tu dah tak jadi eksklusive lagi.
Bagi kawan-kawan yang dah sinonim dengan batik Kelantan nie dan gemarkan design nie bolehla PM zie di page 

Manakala untuk kawan-kawan yang belum ader koleksi batik nie..jom la cuba satu dulu..Kali nie zie nak bagi harga promosi sempena baru peringkat awal dalam mempromosikan page zie yang baru nak bertapak nie..Bila Permintaan melebihi Penawaran susah dah nak mintak zie bagi harga promosi..:)

Doaku Ia akan lebih suscess..


(APA JUA MAMA LAKUKAN..WALAU DIMANA MAMA PERGI, APA YANG MAMA PIKIR AKAN ADER JUGA SEDIKIT RUANG UNTUK KAMU MENCUIT HATI MAMA AGAR INGATAN MAMA SENTIASA ADA KAMU..RINDU KAMU WAHAI ANAK..SYG SEMUA FAMILY KU)

Sabtu, 7 September 2013

TUDUNG CHENTA WATIE SCARFT (Chenta Qisya 3 Layer Polkadot)




Ok hari nie zie nak cerita pasal tudung yg sedang meningkat naik dipasaran iaitu tudung CWS. Minggu nie bermula 10 September 2013 bolehla buat tempahan tudung design mcm kat atas nie..sweet sgt..

Ada setengah orang beli tudung tengok pada harga tudung dan setengah orang tengok tudung bergantung kepada kualiti dia dan ade jugak bergantung kepada design yang memikat hati..one more pada brand.Bergantung la pada individu tu sendiri. Citarasa Manusia tak semua sama..Kalau sama susah jugak kan..Banyakla produk takleh masuk pasaran.

Kenapa Zie suka tudung design CWS  nie yer? ok..sebabnya kualiti kain yang berkualiti, jahitan yang kemas dan paling penting design yang senang nak pakai dan cantik..Terutama bagi ibu-ibu muda yang tak sempat nak belit-belit nie.

Yang paling best sekali, bila kita boleh pilih kombinasi  warna apa yg kita suka..sebab tu ader nya pre Order. Kepada yang ingin mencuba bolehla buat tempahan dengan zie apa warna yang anda suka.

Untuk buat tempahan boleh PM di page zie atau nak lihat aper koleksi zie yang lain.
https://www.facebook.com/pages/Zies-Collection/1376599355904597


Serlahkan keanggunan anda bersama patern terbaru dari Chenta Watie Scarf

Jumaat, 6 September 2013

UNTUK PERTAMA KALINYA

Alhamdulilah.. 

Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpahnya saya berpeluang untuk mempunyai blog sendiri. Manusia yang boleh dikategorikan buta IT akhirnya mempunyai blog sendiri hasil penelitian dan usaha sendiri..seperti tak percayaja..betulla kata pepeatah nak seribu daya taknak seribu dalih..Sambil menulis hati rasa tersentuh ditambah dengan cuaca yang  agak redup..hati sempat jugak lari dari fokus sebenar "ANAK MAMA RINDU KAMU"..

Tujuan saya wujudkan blog nie bukan untuk berkongsi rasa dan luahan hati sebaliknya untuk mempromosikan koleksi-koleksi jualan saya kepada entire yang lebih besar..Saya tahu saya bukan di bidang ini tapi ia bukan perkara yang mustahil asalkan kita minat apa yang kita lakukan.

Dengan Doa ia lebih success...